Tuesday 8 April 2014

SELAMAT DATANG KE KELAB SAGA SUPER VALUE OWNERS CLUB

Assalamualaikum,selamat datang ke group facebook untuk Saga Super Value Owners Club. Ini adalah kelab untuk pemilik Proton Saga SV yang telah dilancarkan pada bulan Jun 2013. Tujuan utama group ditubuhkan:

~ Memperkenalkan Proton Saga Sv kepada umum dan membincangkan permasalahan yang berlaku sepanjang anda memandu kereta ini.

~ Menjalinkan persahabatan antara ahli-ahli yang menyertai kelab ini yang mana ianya tidak terhad kepada aktiviti perjumpaan semata-mata dan mengalu-alukan penyertaan untuk semua generasi tidak kira muda atau tua.

~ SVOC adalah kelab yang secara hakikinya bukanlah kelab untuk mengaut keuntungan semata-mata,tetapi ianya lebih kepada kerjasama antara ahli dan segala keputusan bukan terletak kepada Leader tetapi perbincangan antara ahli adalah cara yang paling berkesan untuk mendapat keputusan yang adil.

~ SVOC akan cuba terlibat didalam aktiviti sosial masyarakat yang mana merangkumi aktiviti kebajikan,sukan,beriadah dan juga yang memberi kesan positif kepada ahlinya.

~ SVOC mengalu-alukan kerjasama dari pihak kelab lain berpandukan kepada motto kelab iaitu Friendship dan Brotherhood dan kepada yang berminat untuk menyertai kelab ini tetapi sudah menyertai kelab lain,tidak ada sebarang halangan kerana anda LAYAK untuk berada disini.

~ Perbincangan didalam group ini adalah terbuka kepada semua pihak dan berharap agar segala isi kandungan didalam group ini tidak melanggar perundangan negara,tidak ada unsur perkauman dan fitnah.

~ SVOC mengalu-alukan kepada peniaga online yang memasarkan produk untuk kereta sahaja memasarkan iklan anda didalam group ini tanpa sebarang sekatan.

Selamat Datang ke Saga Super Value Owners Club (SVOC)

Tidak ada Presiden.
Semua adalah sama.
Hormat antara satu sama lain.

1 comments:

  1. Merkur 9c-Razor | Merkur 9c-Razor | deccasino.com
    Merkur 9c-Razor 메리트카지노 | Merkur 9c-Razor. Product Description. Merkur 9c-Razor. Made in Germany. Features a high 10bet quality razor with a longer handle 11bet and a €24.99

    ReplyDelete