Tuesday 8 April 2014

#Back To Basic







Sewaktu kerajaan mengumumkan penurunan harga kereta,apa yang bermain difikiran anda pada ketika itu,ya semestinya harga kereta akan turun kaw-kaw dan semua rakyat mampu untuk membeli kereta baru,itulah sebenarnya yang terjadi,yang mana pengenalan pada keluaran pertama SAGA SV adalah berharga RM 33,438 yang mana flyer yang pertama dikeluarkan merujuk bayaran bulanan serendah RM 250 sahaja,maka ramai pengguna tertumpu ke showroom proton untuk bertanyakan mengenai pakej yang ditawarkan. Yang sebenarnya pakej RM 250 adalah strategi pemasaran Proton yang bagus yang mana menarik ramai pengguna untuk masuk kedalam showroom Proton,tetapi hakikatnya harga RM 250 adalah untuk tahun pertama sahaja dan akan meningkat untuk tahun kedua dan seterusnya.

Harga untuk Saga SV ini sebenarnya boleh dikatakan mampu milik kerana pakej kereta yang diberikan adalah tidak terlalu simple merujuk kepada aksesori yang dikurangkan tetapi enjin masih menggunakan enjin 1.3 Saga Campro yang mana prestasi enjin tersebut telah dipertingkatkan dari model sebelumnya.

Jadi sekarang orang yang berpendapatan rendah pun mampu untuk memandu kereta baru dan kualiti kereta Proton tidaklah seperti yang digambarkan oleh para HATERS diluar sana kerana mungkin yang mengutuk itu tidak pernah memandu kereta Proton ataupun mereka memang anti Proton.

Apapun kepada semua pengguna SAGA SV anda semua adalah BEST!


0 comments:

Post a Comment