Tuesday 8 April 2014

#Back To Basic

Proton Saga SV adalah kenderaan yang boleh dikatakan kereta yang ekonomi dari segi bayaran bulanan dan juga minyak petrol,andai kata sehari anda isi minyak petrol setangki penuh berapa kilometer ianya mampu pergi?persoalan ini di jawab oleh ramai pengguna kenderaan Saga SV ini,dan jawapan kebanyakkan yang diberikan berlainan.Berlainan maksudnya setiap mana yang anda isi minyak petrol tersebut,dan setiap petrol yang anda isi adalah berlainan syarikat minyak ianya akan memberi pendapat berlainan,ada yang akan kata Petron yang paling jimat,Caltex yang paling power,Petronas paling cepat habis,Shell duduk ditengah-tengah antara minyak yang berprestasi dan juga jimat.Bhp Petrol jarang pengguna update. Setiap syarikat minyak ada formula mereka sendiri dan setiap additive yang mereka gunakan akan memberi kesan yang berlainan kepada kenderaan anda,pada ketika zaman minyak masih harga rendah dulu kalau ada sesiapa yang masih ingat Shell V-Power yang mana warna minyaknya adalah biru merupakan minyak yang paling bagus kerana pembakaran cepat dan juga mengurangkan karbon didalam enjin kereta,tetapi apakan daya harga untuk seliter pada masa itupun hampir rm 3, jadi sesiapa yang memandu bmw,mercedes dapat merasai minyak ini.

Penjimatan minyak juga boleh dipengaruhi oleh banyak perkara antaranya cara pemanduan kita diatas jalanraya,sekiranya kita sentiasa menekan pedal,proses pembakaran akan menjadi lebih cepat dan oleh sebab itulah minyak pun cepat saja turun,setiap sistem kenderaan adalah berlainan talaan,seperti contoh honda,apabila sistem vtec dioperasikan,pengunaan minyak menjadi jimat,tetapi prestasi kereta semakin laju,berlainan pula dengan sistem turbo yang mana apabila kita semakin laju,pengunaan minyak menjadi semakin meningkat,Saga SV sepanjang pengunaan saya selama beberapa bulan ini boleh dikatakan agak jimat.

Alat penjimat minyak yang ada dipasaran sekarang ada bermacam-macam jenis dan efeknya kepada pengunaan minyak ada diantaranya berkesan dan ada yang memberi efek lain kepada enjin. Pengguna kenderaan ada hak untuk memilih produk yang dirasakan sesuai,tetapi kenalah bijak memilih supaya tidak mendatangkan masalah kepada kenderaan anda kelak.

Selamat mengenali Saga SV anda.


0 comments:

Post a Comment